Membeli-belah Laju-Laju di Bandung - Day 2



Sedap tido di Hotel Progo ni.

Tapi satu je, breakfast dia tak berapa nak sedaplah. Tapi makankan jua sebab asalkan dapat isi perut.


Tu dia coaster dah menunggu

Travel

OK kami agak jakun sikit naik ni maklum lah tak pernah naik. Besar dan sangat selesa. Thumbs up untuk supir kami, Pak Budi & Pak Tatang for their excellent service. Anyone nak number phone dorang ni sila comment or email ye...

Kemain luasnyeh tau Kak Ton!
Destinasi pertama tentulah Pasar Baru. Pakat nak terjah kedai baru buka pepagi untuk dapatkan harga pecah telur. Dapat ker? Huhu... T T

Terjah mesti terjah!

Suasana di Pasar Baru

Hapal lah tingkat mana nak pergi sesuai dengan nawaitu shopping anda

Harapnya gambar-gambar di bawah dapat beri gambaran baju dan fashion macam mana yang ada di Pasar Baru. Sebab selalunye aku tengok blog lain, gambar kat Pasar Baru kurang banyak. Mungkin parah terkena sawanshopping. Heee!




















Aku ni pun teringat nak snap gambar setelah poket makin parah. Tu pasal take a break and snap snap snap. Bagi grace period skit kt purse ni. Gambar ni pun taklah komprehensif sangat ya sebab mata aku busy gak melilau tengok barang. HEHE. Tapi memang aura Pasar Baru ni kuat ah. If korang macam aku yang sukakan gaya muslimah moden dan modest gitu, memang sesuai la bawak jutaan rupiah pergi sana. 

Pasal harga pecah telur tu..hmm tengok nasiblah. Dorang pandai tengok kita local or not. So macam dah diset-set harga pecah telur tu untuk pengunjung non-local macam kita ni. Pada aku, tak berapa nak pecah aah. But still its still cheap over there. 

At last, lunchie! Tapi, aku cadangkan korang toksah la makan kat foodcourt Pasar Baru tu. Dorang awal-awal serbu kita suh duduk then dah duduk suma dok serbu lagi tanya nak makan and minum apa. Pening dengan keadaan itu, kami pun order je le. Lepas makan, haaa kau dia punya harga macam makan kat foodcourt KLCC. 

Mamat ni dah konker kiteorg



Aku order nasi & bontot bakar. Bontot kecik..sedeyyy!


Kali kedua kami pergi Bandung, terpaksa makan lagi kat foodcourt Pasar Baru, takde choice. Dua sirap bandung, satu nasi goreng kambing dan satu nasi dengan ikan gurame kecik, total RM30! Gile hape! Memang cekik darah~ Pengajarannnya, tayah makan kt sini! Menu dia mana ada letak price, so sukahati la dia nak letak price brapa. Dia tengok kita bukan Indonesian, taruk harga kaw-kaw. Tak jujur punye orang.

Kat foodcourt ni ada kiosk-kiosk kekecik tu, korang try carik mbak jual popia goreng. Dorang panggil Lumpia. Haa yang ni memang sedap sebab ada inti cheese...ada inti ayam..dah lak tu goreng pepanas. Memang terkenang kenang walaupun dah balik Mesia.

Dari Pasar Baru, kami keluar dan berjalan kaki menuju ke satu kedai jam tangan. Adik aku beli jam tangan dari kedai ni tahan lama dan murah. Tu yang suruh dia bawa kami ke sana.


Terpana dengan kesibukan depan Pasar Baru

Kenderaan awam disini. Tapi menurut pakcik teksi, angkutan ni takdak lesen so apa-apa jadi macam eksiden ke...susah nanti. Better amik teksi.


Avocado jual tepi jalan je kau! Tak usha lak brapa harga dia...

Cart semacam ini banyak ada kat sana di mana-mana. Gorengan nampak sedap!

Nasi padang. Berani COBA? Aku pun tak berani walaupun dah siapsedia bawak ubat ciritbirit. HEE

Agak-agaknya berapa pendapatan mereka dapat sehari?


Ni la kedai jamnya, Toko Sami Jaya



Macam-macam jenis jam tangan ada kat sini. Aku ni dari langsung takde plan nak beli jam tangan, tetibe TERBELI pule~  ADESSS!

Si Hitam ni membuat bajet gue ke laut donk!

Sementara menunggu orang, sempat snap-snap gambar sekitar. Tepi jalan dipenuhi cart menjual macam-macam. Demi mencari sesuap nasik...

Cart yang jual macam-macam gorengan tu nampak sedap jee nak-nak sekali tauhu tuh. Ish ish...tapi tak berani nak try sebab takut cirit birit. Akibat banyak baca blog pasal Bandung, there's a fair number out there yang terkena cirit birit dah langsung mood holiday terjunam dalam kawah gunung berapi Tangkuban Perahu uols. Oh no no. Kena jaga kesihatan ok.








Gambar di bawah ni ambil sepanjang kami di Jalan Braga. This street looks artsy!


Hujan~ and sucha ghetto graffiti!



Kesian kuda ni, kepala asik teleng ke kiri je tatau nape...mungkin rimas dengan kesesakan jalanraya Bandung

Balik hotel jap, freshen up. Sempat snap barangan yang memang niat nak beli dan barangan yang terrrrbeli. Hehe. Ni baru hari pertama and only half of the day ye. Last day barangan bertambahhhh...




Sesi kedua berlangsung selepas Zohor, agak lewat gak sebab penat woo. Ni sesi Factory Outlet lah. Semua diterjah, Heritage, Terminal Tas, Formen etc. Tapi tak amek gambar di dalam...malas~

And frankly speaking, aku tak gemar langsung FO kat sini. Dah lah brand ntah pa pe je pun tapi harga mahal.

Lazada Malaysia

Nak-nak sekali Terminal Tas ni. Aku tak paham apsal blog-blog yang aku baca menggilai benar Terminal Tas dan Toko Tiga tempat jeans tu. Pada aku, very de very indah khabar dari rupa. Terminal Tas ni kasut and beg dia takde lah branded mana tapi mahal gile. Pelik betul. Toko Tiga tu..hmmm menghampakan.







Tak keluar duit pun kat FO. Last-last beli kerepek. Niii nak habaq...kerepek dia bes gile.


Sila beli kerepek singkong. Tapi tengok tahap KEPEDASAN ye!
Aku tak perasan ada level kepedasan tau, aku main amik je. Nasib baik kakak cashier yang shantik tu tegur ni level SEPULOH. Aku pun tuka amek level LIMA memandangkan aku ada origin orang Melaka, so makan pedas tu harus uols. . .setakat LIMA tu boleh 'tapau' aah. Lesson learnt my friends and I'm doing a community service here...level LIMA pedas dia tak menahan jugak okeh! Jadi, waspada. Stick to TIGA ialah pilihan selamat.


Kerepek tempe dia not bad

Tapi ni paling WINNER! Kerepek TAUHU. Harus beli yaaa kenkawan!

Aduh, malas nak cerita pasal FO lagi tapi malam tu kami pergi lagi FO yang famous gak iaitu Rumah Mode. Aaa FO ni je yang aku keluar duit beli baju untuk aku dan anak sebab fashion dia not bad altho yang berbranded tu kainnya nipis...jarang-jarang...haih~

So kesimpulan, semua FO hampeh melainkan Rumah Mode. Tapi adik aku cakap dia pergi Secret, macam bes sebab ada Zara, Topshop bagai...tapi time tu tak ikut sebab dah tengok banyak FO sangat menghampakan jadi aku tak turun la dengan dia.

Dalam kepala aku, Pasar Baru still the best for my taste in fashion. Dah dok suruh adik aku tolong laaaa repeat Pasar Baru hari ketiga kelak sebab aku nak all out. Waahh kakak ini mau all out katanyerr~..sebab dah bergaji time tu uols!


Dinner di Rumah Mode





Batagor

Rumah Mode ni memang luas. Ada tempat shopping, ada restoren, coffee shop, koi ponds...aku je malas nak amek gambar tuh sume. HEHE.  Batagor mmm...been wanting to taste it since selalu nampak kat cart tepi jalan. Tapi kt sini, macam tak berapa sedap...ke memang rasa dia memang macam tu? Hee. Apapun, makan kat Rumah Mode ni pun biasa-biasa je..takde kesedapan yang luar biasa pun. Hampa lah~


Balik hotel dan kira balik duit yang dah di spend.

Rasa bersyukur jap sebab hari esoknya ialah agenda sight-seeing je..takde shopping2. Or else, dari jutawan kepada fakir miskin lah aku. Huhu. Lagipun bleh review balik apa barang yang dah beli dan plan barang apa nak beli seterusnya. Malam tu siap modelling lagi bebaju ni...aku memodelkan..anak aku yang umor tiga tahun tu jadi camera-gal. Dia yang galak suruh kita pose-pose dengan bebaju baru tu. Kita ni pasrah je la. HEE.

Hari ketiga ialah hari berehat dari menghabiskan wang. Mari tengok nature! *bersambung....