Boracay The Best Beach in Asia: Hari Keempat dan Kelima




Kejernihan air laut Boracay will be missed dearly. Hari keempat ialah hari terakhir di Boracay. Pagi-pagi dah bangun dan plan untuk terjun laut dulu, then barulah breakfast. 



Memang bertuah penduduk Boracay!

Setelah puas berendam dalam air laut Boracay, seakan tak nak keluar, tapi terpaksa keluar jugak! Perut dah lapar da...


Agak susah mau pilih breakfast terakhir di Boracay. Sobs sobs....



Tengah dok makan, ada seorang lagi peniaga muslim cuba menjual barangan pearls. Kami tengok-tengok je tapi akhirnya beli jugak! Kesian punye pasal...takpe la dah rezeki dia. Sambil dia menjual tu, staff hotel ni bagi dia kerusi untuk duduk! Harmoni juga hubungan Islam dan Kristian kat sini. Menurut kata si penjual ni, Kristian kat sini baik hati walaupun muslims kat sini datang dari luar (aku agak mindanao). Dorang ada komuniti muslim yang agak bagus kat sini. Dia ada mentioned ada masjid kat Boracay ni, agak besar kat apentahnama tempat tu. Tapi yeah perjalanan balik ke jetty memang nampak masjid tu...dalam perkampungan dorang. Kami ni tak la brani nak usha-usha tempat yang non-tourist sebab bawak anak.

Haa kau. Besar besar pearl dia tapi aku amek yang kecik comel je. Not a fan of pearls stakat pakai kat umah boleh la....


Pagi yang indah sangat...


Lepas balik bilik, kami packing barang awal-awal supaya sedia untuk check-out pukul 1 nanti. Yang best nye, late check out free yo!  Pujian berlambak kepada Jony's Beach Resort!




Hubby nak repeat D'Mall beli shirts. Kita ikut je. Disini Aaira cuba jadi Ultraman, ternganga je dak pinoy tu hahaha! Aku sempat beli starfish magnet tapi beli dua je takut patah. Cute! Penjual tu tanya kami dari mana. Bila dia tahu kami dari Malaysia, dia kata kebelakangan ni banyak gak orang Malaysia datang sini. He said he look forward for more Malaysians to come. Wahhh aku cakap memang pun ada kawan-kawan dah plan nak datang ke sini. You will see more Malaysians! Hehe!

Malam karang kami akan bermalam di Kalibo, more specifically Kalibo Hotel. So aku ingat siap-siap lah tapau food for dinner kat D'Mall ni sebab kat Kalibo tu sampai dah gelap mana nak carik dinner. Mengelaban aku kat Kalibo kang! Kami tapau fish and chip kat FishBar. 

Our last lunch, nak merasa seafood lagi! Tak puas! Kali ni carik view lawa sebab sambil makan sambil nak ingat pantai dia sampai bila-bila. Hehe...



Tak ingat apa nama restaurant ni. Dia kat White Beach walk je. Dok panggil-panggil customer datang lunch ke kedai dia. Tengok seafood dia bleh tahan. Ada satu bakul seafood lengkap la ada shells, fish, sotong, udang...cuma PHP1600 je ! Murah kan! Tapi kami tak amek yg tu sebab tak terabes nanti.

Grilled spanish mackerel

Butter garlic prawn

Grilled squid

Santap! Sini sedap lak butter garlic prawn tu...
Semua sedap-sedap... :)


Tiba masa check out...staff-staff mengiringi kami sampai ke luar hotel menaiki pick up. Best layanan Jony's Beach Resort! I will come again :)  

Dalam perjalanan ke jetty tu barulah nampak town & perkampungan kiri kanan, maklum lah time sampai haritu dah malam...time ni la ternampak masjid. Allahuakbar...~
Aku ingat kami naik ferry macam hari kami sampai tu, rupenye naik bangka bot! 



Actually dalam tahun ni bulan brapa tak ingat, ada insiden bangka boat ni terbalik dan ada orang mati lemas. Huhu. Time ni taknak ingat berita yang aku baca tu. Aku tak bagitahu hubby pun. Risau senyap-senyap jek. Lagipun dari Boracay ke Caticlan tu tak jauh, boleh nampak mainland! 15 minit yang berdebar secara nonchalant. Aku rasa ok kot sebab cuaca ok bukannya hujan ribut.

Kompiden masing-masing tak pakai life jacket walaupun dah terjadi insiden bot terbalik. Suma perenang negara neh...



Dah sampai Caticlan jetty :)

Get moving. Mencari Southwest Tour ofis. Tak jauh...nampak tak bus putih biru dekat dengan motor-motor tu? Kat situ je ofis dia..



Tak dapat bus tapi van macam ni. Ok la tu. Sepanjang perjalanan menarik untuk dilihat perkampungan dorang. Susah tau. Kampung kita lawa gak rumah-rumah...sana..hmm..macam reban pun ado...

Sampai di Kalibo airport, tahan tricycle ke Kalibo Hotel. Hari dah gelap. Aku berdebar dengan Kalibo sebab never did research or know what sort of people so just nak check in dan tido takmo keluar-keluar dah! Hotel ni memang just sesuai untuk layover tunggu flight next day. Untuk berselesa sangat tu takde la kan! Tapi tetap tv channels meletop...banyak gak channel. Tetap ada HBO dan Star Movies!

Masa check in tu hari dah malam tau, kedudukan hotel ni kedalam juga. So dah malam, opposite hotel ni gelap so aku andaikan semak samun belukar. Masuk hotel macam sunyi je hotel ni. Siap tanye receptionist..sunyi area ni, ada orang tak kt hotel ni? Hahhaha. Dia kata ada. Ok. Lega sikit. Then nampak shrine dorang, anak patung bubbly chubby rambut curly2 tu. Ah sudah! Tak suka la patung macam tu, seram! Tengah check in, ada dengar orang azan. Wahh dimana arahnya? Receptionist kata memang ada orang muslim kat sini, in fact neighbor sebelah muslim. Ada masjid berdekatan. Lega bila dengar azan kat tempat unexpected. On the way ke bilik, ada dining area...tapi gelap kemain dah tu langsir kemain galak ditiup angin. Dalam bilik ada kitab bible laks. Arrghh. Nasib baik katil best. 


Makan dinner yang ditapau, dan langsung tidor! Lena juga. Hehe..

Siang hari

Receptionist yang baik hati dah booked kan kami tricycle seawal jam enam pagi. Dah terang tu barulah nampak hotel ni ok sebenarnye. Dining hall dia tak spooky. Dan ada hotel guests yang lain juga menginap dekat-dekat dengan bilik kami. Opposite hotel ni bukan belukar tapi rumah orang! Depan, kiri dan kanan rumah orang. Hahahaha...


Sia-sia je aku risau berprasangka curiga dengan orang pinoy. Dorang ni baik dan courteous sebenarnye! Layankan je gambar-gambar terakhir tanah Filipina dalam perjalanan ke Kalibo airport.


Dah sampai Kalibo airport. 
Pegawai check passport sebelum masuk airport tau. Pandang hubby dan passportnya berkali-kali seraya berkata, "owh you malaysian, sir? you look like pinoy" Hehe..ni memang ayat biasa dengar sepanjang kat Boracay. Jawapan standard yang direka untuk menangani soalan macam ni *ewah macam selebriti* ialah " Yeah malaysia. yeah i get that all the time" sambil senyum tapi senyum geram kan..adeke sama kan i macam pinoy? *ala tahu sangat*

Kat kaunter imigresen pun sama. Aku and anak lepas. Tapi pegawai tu siap jengah sikit dari kaunter tengok hubby dan passportnya sama atau tak. KEKEKE!

Airport tax Kalibo - Clark = PHP 40
Airport tax Clark - Malaysia = PHP 450

Naik flight terus ke Clark. Dari Clark tak sempat lepak pun, terus naik flight ke KL. Dalam flight tu, haa amek. Order macam-macam. Paling nikmat Nasi Lemak Pak Nasser with AYAM rendang. AYAM tu kena bold sebab dah brape ari tak makan ayam, gelisah! HAHAH!



Sampai KL, menjamah KFC pula  T T


Dasar orang Malaysia tak lekang dengan ayamnya. 


Dengan ini, tamat sudah entry Boracay. Tempat ni memang best. Sekarang Boracay berada dalam kedudukan top of the beautiful beach list aku. Nombor dua Perhentian. Nombor tiga Redang. Empat..err..Koh Lipe. Hehe. Ada masa nak repeat lagi sebab tak puas seafood! Tak puas berwater activities! 


Mari aku ulas kelebihan Boracay:

1. Pantai yang super cun. Warna laut yang tiga fasa: putih, biru muda, biru gelap. Teruja tau!~
2. Hospitality orang pinoy yang menambat hati untuk datang lagi.
3. Barang murah
4. Untuk yang single, clubbing scene dia happening gaks. Tapi gua tak survey. Kalau tak bawak anak, kompem dah usha. Hehe..
5. Banyak water activities yang menarik antaranya parasaling dan sunset on bangka yatch
6. Walaupun trip ni nampak leceh yakni 2 kali flight trip, bus and ferry; tapi kesemua ni rasa hassle free disebabkan orang pinoy yang effisien.
7. Seafood yang fresh dan murah di D'Talipapa
8. Banyak beautiful people, jamu mata la kau noks!
9. Hotel dan resort yang pelbagai untuk cater pelbagai jenis budget
10. Sesuai sebagai family/single/couple vacation getaway

Keburukan Boracay:

1. Kedai makan banyak menu pork. Samada bawak bekal sendiri atau mendaruratkan diri anda. Hihi!
2. Masakan orang pinoy tak sedap mana. 
3. Kedai muslim yang halal hanya satu sahaja. Very inconvenient
4. Mungkin pada sesetengah orang, agak leceh perjalanan ke Boracay ni yang memakan masa.
5. Pulau ni memang over-commercialized dah. Baru-baru ni, ada McDonald baru dibuka !


Till we meet again, I will missed your salty breeze, Boracay. 

Mabuhay!


Baca yang berikutnya:




4 comments:

  1. owh..pegi filipina ke?kwn saye ade kt semporna..dkt je ngn filipina.hehe.
    cantik betul pemandangan dan gambar.nak pegi lah lepas ni. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. glad that you enjoyed reading it, aMaD! :D

    ReplyDelete
  3. Good!! I'll be there august 2014.. thanx for the info.. :)

    ReplyDelete