Boracay The Best Beach in Asia: Hari Kedua


Hari Pertama boleh baca disini


Bangun seawal pukul 7 pagi kerana tak sabar nak tengok pantai Boracay. Aku sorang je yang bangun dan explore kawasan sekitar sebab yang lain-lain masih hanyut dibuai mimpi. Sangat best layanan staff hotel, asal berjumpa je mesti greet "good morning ma'am". Kamera dah tersedia di tangan. Apalagi...snap snap snap away~



Sekitar Jony's Beach Resort






Begini lah pemandangan pagi Boracay, cukup indah pantainya! Air jernih dan warna tiga phase:  putih, biru lembut, biru pekat. I am very in love with its beach! Pulak tu sangat bersih ye. Sangat sangat bersih...jarang nak nampak sampah merata. Memang dorang betul-betul jaga pantai. Untuk pengetahuan korang, merokok pun di larang di White Beach ni! Begitu tahap sayang pantai!


Aku kembali ke bilik dan kejutkan semua orang, tak mahu mereka terlepas melihat keindahan ciptaan Allah ini. Setelah semua mandi dan bersiap, kami bercadang slot pagi dikhaskan untuk breakfast di hotel dan took a morning stroll along the beach. Tengahari pula harus spent time di D'Talipapa! Petang sikit baru mandi manda laut. Hehe, so our day's agenda was already set out and we were ready to roll :)


Breakfast pagi itu, Englist breakfast and Mexican burrito


Hmmm, bercinta nak balik KL macam nih! View punya lah lawa...Masyallah!


Selepas breakfast, kami berjalan sepanjang gigi air menuju ke Willy's Rock. Tak jauh pun sebenarnya dari resort kami...nice!




Morning stroll sambil snap snap schnapps!


Jalan punye jalan, baru lah nampak Willy's Rock in the distance. Willy's Rock ni istimewanya kerana ianya satu-satunya rock formation yang ada di sepanjang White Beach yang panjangnya 4KM ini. Bila air pasang, nampak macam island pulak. Terdapat shrine dedicated to Virgin Mary di atasnya jadi ramai penganut Kristian yang naik atas batu ni untuk bersembahyang.


Willy's Rock


Tengah berposing kami kat sini, ada beberapa budak pinoy yang offer buat words consist of your name daripada sands. Upah dorang cuma PHP 150. Kami pun setuju untuk menambahkan level awesomeness dalam gambar kelak. Kehehe...


Gigih budak-budak ni mencari rezeki kan? PHP 150 tu berapa lah sangat...kene share berdua pulak tu. Time ni hari Jumaat tau, biasanya budak-budak pergi sekolah...but that's not the case for them.

Tadaaa! Dah siap!




Matahari pun dah tegak atas kepala, moh le kita balik bilik jap nak lepas lelah. Dalam perjalanan tu ternampak Jonah's Fruitshake yang orang dok kata sedap sangat tu! Jangan melepas....jom kita singgah jap!

Mmmm...sedapnya fruitshake sini! Kami order pineapple milk shake & tropical shake sebagai penghilang dahaga. Damage was about PHP 225.


Balik bilik kejap baring-baring *haha then we went to D'talipapa for lunch. Tahan satu tricycle dan cakap kami nak kesana. Bayaran cuma PHP 10 per person. Murah gilosss. Aaira bukan main teruja dapat naik tricycle. 



Okay kita dah sampeiii!



Nampak signboard? Yes, then we have to masuk ke lorong tersebut dan menapak...


Sampai la jumpa kekedai macam ni...


Jalan masuk kedalam...nak cari wet market


Oooyea! Jumpe! 


Moh kita tengok jenis seafood kat sana....



Dah habis tengok? Sekarang mai pilih apa nak makan untuk lunch. Hehe!

Sessi tanya harga dan tawar menawar. Berlakon jadi pinoy dari Manila adalah lagi digalakkan untuk dapat harga local. Kalau depa dapat detect korang foreigner pun, bargain hard je juga. Sebab seafood sini murah dan memang boleh bargain kao-kao.


Okeh, setelah merembat lobster, ikan siakap dan sotong....kami pun cari kedai makan yang ada Paluto service or known as cooking service. Kedai macam ni merata kat sekitar wet market. Pilih je le yang mana nampak ok.

Duduk-duduk tunggu makanan. Kami pilih kedai ni sebab tak ramai orang maka cepat la kot siap makanannya. Tak sabar nak rasa lobster! I'm a lobster virgin :P


Garlic Butter Lobster. Lobster ni beli kat wet market harganya PHP1000

Red Garoupa Sweet and Sour. Harga beli kat wet market PHP200 je


Last sekali, Deep Fried Squid. Harga? PHP150

Cooking service sini cajnya ikut per kg dan kami punyer dishes dia caj PHP425 sajork. Ok lah not bad. Lobster tu la paling mengujakan. Tapiiiii....salty sikit dishnyer maybe pakai salted butter kot! The rest was ok. Tapi nak habaq la kat korang Pinoynyer cooking bukan bes bebenor pun. Dips dia pun failed. Chili sauce failed. Nak makan local dishes? Lagi la ku tak berani takut tak kena dengan tekak ni. Kalau setakat grill-grill bakar-bakar ok la..~



Perut dah terisi, gendang gendut suka hati la jawabnya. Lagi pulak gatal tangan nak shopping souvenirs kat sini sebab area sini jauh lebih murah souvenirs nya dari area D'Mall. Moh la kita tengok....


Actually, menggila beli kat sini sebabnya murah sangat. Fridge magnet besar PHP100. Fridge magnet kecik tertulis BORACAY tu PHP100 for 5 pieces. Coin purse beaded pula PHP100 each. Coin purse anyam PHP100 for 3/4 pieces. Sebenarnye harga kat atas ni bleh dapat murah lagi cik Kiah oi sebab depa ingat kita orang pinoy, astuh dia cakap dalam tagalog kami diam tak paham, then dia tanye "you singapore? indonesia?" kami jawab la "malaysian". Habis dia kabor satu kampong kami ni dari Malaysia. Asal pegi next kedai mesti dorang cakap sesama dorang "Malaysian Muslim". Bayangkan eh aku tak jenguk pun lagi kedai sebelah tu just berdiri kat luar je...makcik tu dah cakap kat staff dia kami ni Malaysian. Powerful betul "CNN" dorang ni! Dah satu kampung tahu kami foreigner, hingat dia nak turunkan harga sangat? Tapi bagi kami tu PHP100 tu kira murah la tuu kalau dapat barang 2-3 helai/pieces. Then we shopped at muslim's shops saja nak tolong ekonomi dorang. Komuniti muslim ada juga kat Boracay ni. Dorang banyak buka kedai souvenirs kat D'talipapa tapi korang kena jalan sikit la sebab kedai dorang kat hujung-hujung skit. Boleh tahu muslim ke tak from nama kedai or nampak perempuan bertudung. Kat area souvenirs White Beach pun ramai muslim meniaga. Tapiiiii....kedai makan halal hanya SATU je kat whole Boracay. Tu pun kat D'talipapa. Tu pun not really a kedai makan, korang kena masuk kedai souvenir no. 74, sebab dalam kedai souvenir tu ada kedai makan...kena masuk lagi satu pintu. Aku tengok keadaan kedai makan tu tak larat ler nak makan situ. Keadaannya tak open air, astu banyak lalat, astu aku tengok lauk dia local dishes....pancit bihun dorang panggil tapi nampak macam bihun goreng kicap...kemain gelap. Ayam goreng lak nampak very dry. Tak selera la weh! Tak relevan kot kalau hari-hari patronized tempat tu yang jauh from our hotel. Aku harap one day dorang buka banyak lagi kedai makan muslim. In the meantime kami terpaksa "pejam sebelah mata", orang kata tengah "darurat"...nak buat mcm mana kan?

Ewah, t-shirt souvenir jangan dilupakan. Harga murah. Range from PHP80-PHP180. Kadang-kadang promosi PHP180 dapat dua tiga helai. Ikut kedai lah. Janji gigih menapak untuk dapat bargain terhebat.


Jom balik. Aaira muka penat. Tapi mesti hilang penat dia bila nampak pantai dan pasir...


Slot petang dikhaskan untuk mandi-manda dan tengok sunset. Sini sunsetnya awal ye dalam pukul 5 ke atas, siap-siap la korang lepak kat pantai. 

Kan dah kata....hilang penat, terus segar main pasir...


Begitu la sunset di Boracay. Am not a sunset-snapping fan so, sikit je gambar sunset ni.

Sambil tengok sunset sambil layan Choco Banana Shake. Seriously semua jenis shake kat Boracay memang sedap, Balik Malaysia rindu nak cari SHAKE :)

Barang rampasan perang. Ini sikit je, Hari Ketiga dok repeat D'Talipapa lagi menambah hasil rampasan :P

So, that night aaira dah tertido awal...lepas mandi terus tido, almaklum tak tido siang. Kesian dia, tapi rugi tau tak keluar malam...tengok apa yang happening memalam di Boracay. Hmm, last-last dukung juga dia walaupun dia tido. 

Pertengahan jalan aaira dah terbangun. Kita pegi carik dinner ye...

Dinner! Yellow Cab Pizza! Ewah, kat KL ada tak lak makan kannn...

Keadaan di waktu malam sekitar White Beach

Shrimp Garlic Pizza with Potato Wedges as dinner. Layans!

Untuk pengetahuan, Yellow Cab pizza ni berdekatan dengan Astoria Hotel je...tak jauh dari resort kami juga. Kat Astoria hotel tu memang lah happening, ada buffet dan live band lagi. Then, tengah makan-makan tu ternampak la sekumpulan pondan ni pakai seksi tak hagak-hagak. Berkata gak dalam hati, " Aiii, malam masih muda tapi awal-awal dah 'jual' diri?" Rupe-rupenye dorang ni fire dancers uols! Walaupun ditakdirkan sebagai nyah, tapi dorang ada skill to keep on surviving! 



Then, korang bleh bergambar dengan dorang tau! Takde bayaran but as courtesy korang bagi la donation sikit...

Gua senyum nervous. Terasa bahang



Dalam banyak-banyak fire dancers aku tengok kat Perhentian dan Koh Lipe, rasanya kat Boracay ni lah yang paling entertaining. Sebab they already have awesome fire-dancing skills, so dorang takyah fokus kat skill, they just dance to the music and seems really have fun with it! Owh yeah, they are called Boracay Phoenix. Truly awesome.


Danced to the last song. Cuba teka lagu apa. Awesome seribu kali!


Oklah, akan bersambung lagi ke Hari Ketiga. Stay tuned!




Baca yang berikutnya: