Cherating: 5 Perkara Wajib Buat Jika Bercuti Di Sana

1. Bercanda Di Pasiran Pantai

Haha..lagu epik Anita Sarawak & Sudirman! Tapi serius nak bercanda disini memang best sebab pantainya punya lah luas mata memandang, ombak pula kuat, angin bukan setakat sepoi-sepoi bahasa tapi kuat macam nak diterbangkan pun ada! Kalau mandi di pantai ni kena lah ambil langkah berhati hati sebab laut pantai timur ni banyak juga kes mati lemas sebab laut lepas currentnya memang kuat. Kalau tak berani mandi kat laut lepas (macam aku ehe) kita bercanda conteng2 pasir je la...hehe.





2. Makan Seafood Sampai Lebam

Mai sini aku cover pasal seafood malah sebelum sampai Cherating pun akan kelihatan kedai makan seafood di tepi jalan mahupun tepi pantai.

Warung Pok Su & Mok Su di Peramu

Sini famousnya ialah seafood disaluti tepung dan digoreng rangup. Daripada sotong, ketam, ikan macam macam lagi...satar pun digorengnye!

Terletak di tepi balai polis Peramu

Hidangan bergoreng


Satar goreng dan satar panggang

Fishball, ikan goreng dan sotong goreng. Rangup krup krap krup krap!

Dijamin gorengan yang panas panas!



Warung Awang Ikan Bakar

Dinner di sini agak berpatutan. Warung ini terletak di laluan Cherating-Kemaman hanya depan sikit daripada simpang Club Med, terletak di belah kiri jalan. 


Semua info ada disini, nombor telefon dan waktu urusniaga :)

Melihat harga ikan


Pilihan ikan yang segar


Ruang dalam kedai makan, meja besar-besar dan persekitaran bersih.


Ketam bercili

Ikan ayam ayam masak stim

Sotong goreng tepung

Hidangan untuk dua orang dewasa, seorang budak kecik! Banyak pulak ye! Tapi habis tauu!


Restoran Tong Juan

Restoran ini terletak di Jalan Sulaiman, Kemaman. Amat popular dengan hidangan ketam sumbatnya. Dan paling penting restoran ni hanya ada seafood and no pork, pelanggan melayu nampaknya ramai juga datang di restoran ni. Tong Juan terkenal kerana ketam sumbatnya. Mai kita try....



Kedai ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Sila datang awal sebab pukul empat dah nak tutup kedai!


Sambal sotong yang awesome sangat!

Ini la dia ketam sumbatnya...

Intinya tentulah isi ketam dengan sayuran. Harga? RM8 sebiji! So, jangan main order je ye..hehe. 

Sayur campur

Nasi goreng cina

Grilled tiger prawn. Lauk ni buat gua kopak!


3. Berkenalan Dengan Sang Penyu

Kalau ada anak-anak tu elok juga bawa ke Pusat Santuari Penyu ni berdekatan dengan Club Med je. Pasti anak-anak teruja melihat penyu dan baby penyu! Di samping itu mereka dapat juga belajar tentang makhluk ini dan juga hidupan laut yang lain.



Masuk takde bayaran, cuma tulis nama anda. Dan sila beri sumbangan ikhlas supaya pusat penyu ini dapat berfungsi untuk generasi akan datang kenal dengan penyu!
Hidupan laut yang agak rare sekarang...dugong.
Ralik melihat khazanah laut.

Baby penyu yang comel comel belaka!

Sekali sekala penyu akan menjengukkan kepala untuk mendapatkan udara. Penyu ni memang pandai posing!


4. Main Layang-Layang

Ini rasanya aktiviti paling menyeronokkan untuk anak-anak. Jika kena dengan musim dapat lah angin yang bagus untuk menerbangkan layang-layang tu! Kami bermain layang-layang di pantai Cherating....ramai vendor yang jual layang-layang selain makanan dan minuman. Best tau lepak kat pantai ni...angin kuat gile!

Layang-layang Angry Bird...anak yang pilih! Hehe..
Aiii terbang rendah je?

Anak seronok sangat dapat main layang-layang

5. Borong Keropok Lekor

Nak tahu tak keropok lekor ni paling sedap kalau goreng depan kita...makan time dia masih panas-panas lagi. Perghh...mengancam!

Banyak permintaan....


Suka beli kat kedai ni. Boleh duduk makan-makan. Paling penting, keropok dia sedap lah!

Tengok lah dia uli...fresh lagi ni..uli dan terus masuk dalam periuk besar tu. Terus rebus kekdahnye!
Gigih mereka bekerja okey!

Alrite....seronok bercuti di Cherating kan? Aku betul enjoy dengan aktiviti aktiviti di atas ni. Time tu aku rasa not bad juga bahagian pantai timur Malaysia ni.


3 comments:

  1. Warung awang ikan bakar..agak lambat dpt makanan bile cuti sekolah..

    ReplyDelete
  2. Ala baru nak try warung awang ikan bakar tu.

    ReplyDelete
  3. Restoran masakkan ibu atau RC pun sedap jgak..tp msti hrganya mcm sdikit mahal..2 org mkan nsi cmpur lauk xla bnyk mna Rm30..tp ok la..bkn slalu..hehee

    ReplyDelete